top of page

Introduction

 

Kelahiran seorang bayi ialah satu pengalaman yang indah, penuh dengan kebahagian dan kegembiraan. Walau bagaimanapun, apabila mendapat seorang anak berkeadaan klef, ianya akan memberi satu kejutan kepada ibubapa pada mulanya, perasaan takut, penolakan, rasa bersalah serta tidak tahu apa yang perlu dilakukan serta bagaimana cara menjaga anak itu.

 

Bantuan, sokongan moral dan kaunseling boleh diperolehi daripada kumpulan sokongan ibubapa (CLAPAM). Maklumat daripada risalah ini boleh digunakan sebagai panduan umum untuk menguruskan anak klef. Setiap keadaan berbeza maka rawatan juga mungkin berbeza.

 

 

What is Cleft?

Klef ialah rekahan atau celahan pada struktur bibir atau lelangit. Pada awal kehamilan, bahagian muka berkembang berasingan dan kemudian bercantum. Apabila ada bahagian yang gagal bercantum, klef berlaku.Klef bibir dan lelangit boleh berlaku bersama atau berasingan

 

Klef bibir boleh sekadar sedikit takuk/rekahan pada bibir atau rekahan sepenuhnya pada sebelah atau kedua-dua belah bibir atas sehingga ke dalam hidung. Klef unilateral (sebelah) berlaku pada satu bahagian bibir manakala klef bilateral (dua belah) ialah rekahan pada kedua-dua belah bibir.

 

Klef lelangit berlaku apabila bumbung mulut (lelangit) tidak bercantum sepenuhnya, menyebabkan lubang di lelangit. Ini boleh menjejaskan lelangit lembut (bahagian berdekatan tekak) atau lelangit keras (bahagian hadapan lelangit berdekatan mulut) atau kedua-dua bahagian.

 

Klef bibir dan lelangit berlaku apabila kedua dua bibir dan lelangit ada rekahan/lubang.

 

Tiada Klef
Klef Lelangit
Klef bibir & lelangit unilateral
Klef bibir & lelangit bilateral

What causes it?

 

Pertama sekali, jangan salahkan diri anda atas perkara yang berlaku kepada bayi anda. Sebab sebenar perkara ini terjadi tidak difahami sepenuhnya. Semasa awal kehamilan, bahagian-bahagian kepala dan muka terbentuk berasingan, lalu akhirnya bercantum. Kegagalan dalam percantuman menghasilkan kecacatan klef. Kita tahu bagaimana ia berlaku tetapi tidak tahu kenapa ianya berlaku. Di Malaysia, 1 dalam 700 kelahiran ialah bayi klef. Kecacatan ini berlaku tanpa mengira status sosio-ekonomi, latar belakang agama atau bangsa.

 

Factor genetik dan factor-faktor persekitaran mungkin menyumbang kepada pembentukan klef.  Antara faktornya ialah jenis ubat-ubatan yang diambil semasa hamil, jangkitan virus seperti Rubella, pengambilan alkohol, merokok, kecelaruan kromosom dan lain-lain.

 

 

Who's fault is it?

 

Dalam kebanyakan kes, kelahiran bayi klef bukan kesalahan sesiapa. Ia bukan disebabkan oleh sesuatu yang anda atau suami laku atau tidak lakukan. Sesetengah kepercayan kolot seperti suami pergi memancing, memotong ayam dan lain-lain tidak mempunyai bukti-bukti saintifik. Jangan salahkan diri anda! Anak itu anugerah istimewa daripada Tuhan. Jagalah anak itu dengan penuh kasih sayang, belaian dan sokongan.

 

Are there feeding problems?

 

Kebanyakan bayi klef menyusu dengan baik, malah ada yang menyusu badan dengan berjaya. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.bfmed.org/Resources/Protocols.aspx. Bayi klef lelangit mungkin mempunyai kesukaran menyusu pada mulanya dengan susu mungkin mengalir keluar daripada hidung menyebabkan dia batuk atau dalam sesetengah kes, tersedak. Ia mungkin mengambil masa tetapi jangan tergesa-gesa menyusukan bayi, pendekkan jangkamasa penyusuan tetapi kerapkan bilangannya. Ada botol susu khas dengan puting yang boleh membantu bayi-bayi ini. Menyuap dengan sudu juga digalakkan, terutamanya sebelum dan selepas pembedahan untuk membaiki klef. Cara ini akan membantu garis jahitan lebih cepat sembuh. Menyusu bayi dalam kedudukan tegak dengan badan dan kepala disokong dapat mengelakkan daripada tersedak. Sendawakan bayi dengan betul.

.

Are there other problems to expect?

 

Jangkitan telinga dan cecair berkumpul dalam telinga tengah sering berlaku pada kanak-kanak klef lelangit. Masalah ganguan pendengaran yang sementara boleh berlaku dan tiub yang dipanggil 'grommet' boleh dimasukkan ke dalam gegendang telinga untuk mengeluarkan cecair daripada telinga tengah. Penilaian pendengaran disyorkan.

 

Sesetengah kanak-kanak klef lelangit mungkin ada masalah pertuturan, lawatan awal untuk terapi pertuturan akan membantunya bercakap dengan lebih baik kerana kanak-kanak belajar bercakap secara mengajuk. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting sebagai contoh untuk anak tersebut.

 

Kebersihan gigi dan mulut amat penting. Ini akan membantu pakar pergigian dalam usaha mereka memastikan set gigi yang baik bagi rawatan ortodontik kemudian. Elakkan pengambilan minuman manis, manisan, gula-gula dan coklat yang berlebihan.

Sokongan psikologi untuk kedua-dua ibu bapa dan anak dapat mengurangkan masalah emosi yang dihadapi apabila mempunyai kecacatan klef. Membesar bagi anak klef boleh menjadi cabaran terutama apabila dia mula bersekolah. Ejekan, usikan dan dipermainkan sering dialami anak klef. Sebagai ibubapa, didiklah anak-anak ini agar kuat semangat dan yakin pada diri sendiri. Guru-guru perlu sedar dan sensitif tentang isu ini. Orang ramai perlu dididik untuk menghormati individu individu ini seadanya.

 

Whom can I talk to?

 

Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM) is a non-profit, parent support organization registered with the Registrar of Societies

(ROS). We are a group volunteers, consisting of parents and professionals who work with cleft children. We are here to listen to your worries and needs. We also give advice on feeding and counseling for parents. We do hospital visits and house call.

 

Treatment Plan for a cleft child

 

1 – 3 bulan : Pembetulan bibir

9 – 12 bulan : Pembetulan lelangit

1 – 2 tahun : Penilaian pendengaran

3 – 4 tahun : Penilaian pertuturan

8 – 10 tahun : Ortondontik

9 – 12 tahun : ‘Alveolar Bone Grafting’ (ABG)

13 – 17 tahun : Rawatan susulan ortodontik

18 tahun dan atas : Pembedahan rahang (jika perlu)

(Ini hanya panduan. Tiada kes yang serupa. Tanya doktor yang merawat anak anda berkenaan rancangan rawatan yang paling sesuai baginya.)

 

bottom of page